MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Saturday, September 6, 2008

SwitchOn - the ZonKomp

welcometTOZONkomputer

Salam.
Dengan lafaz bismillah, saya ingin merasmikan sendiri pelancaran blog saya sendiri, Zon Komputer, pada hari ini,Sabtu, 6hb September 2008, 12.28tghari :) Nickname saya Moshazat, dan boleh panggil saya dengan panggilan Mosh je :D

Kepada yang sudi melawat ke laman blog saya ni, terima kasih banyak2 dan selamat datang :D Blog ini secara keseluruhannya dibina berasaskan penulisan tentang perkara-perkara berkaitan dengan komputer dan teknologi. Blog ni tidaklah terlalu formal sangat, agak selamba dan simple, namun saya akan lebih menekankan isi-isi yang berguna sebagai panduan, insyaAllah pada saya dan pada para pembaca laman blog ini :)

Dengan pelancaran blog ini, saya berharap agar kita dapat berkongsi ilmu yang berkaitan dengan apa sahaja tapi secara khusus berkaitan dengan teknologi dan komputer la ok ;) InsyaAllah dengan izin tuhan, saya pun berharap agar Zon Komputer dapat berdiri dalam dunia web dengan kukuh dan berjaya :) Bukan sekadar laman blog biasa sahaja. Saya juga mensasarkan agar Zon Komputer dikunjungi ramai pelayar internet, terutama yg mempunyai minat tentang komputer. Mungkin itu akan memotivasikan saya utk terus menulis dalam Zon Komputer:) Saya juga berharap agar blog ini memberi makna pada setiap pengunjung yang datang singgah:)

Saya rasa setakat ini saja utk entry yg ini, tak sabar plak nk start buat entry yg akan datang, jumpa di entry yang seterusnye :D

MOSHAZAT