MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Monday, March 23, 2009

ZonKomPraktikal - Muat Turun Video Youtube (Songbird)

Hello,

Ada macam-macam cara atau teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan satu perkara. Dalam hal entri pada kali ini, zK akan menunjukkan cara memuat turun video Youtube dengan menggunakan pelayar web pelbagai guna; Songbird. Untuk membolehkan Songbird mengesan dan memuat turun media dalam laman web yang dilayari, pengguna perlu memuat turun addon Songbird FlashGot di laman web Addon Songbird.

Untuk contoh bagi mendemonstrasikan cara menggunakan FlashGot, zK akan cuba memuat turun video pengenalan dan penggunaan Gnome-do di Youtube. Ikuti langkah berikut setelah memasang Songbird dan dilengkapi bersama addon FlashGot ke dalam komputer anda.

1. Songbird mengesan media yang boleh dimuat turun;

Apabila sudah berjaya menjumpai video yang di mahukan didalam Youtube, FlashGot akan mengesan kehadiran media yang mampu ia muat turun dan mengeluarkan isyarat di Statusbar Songbird. Apabila di klik isyarat tersebut, perisian tersebut akan mula memuat turun video tersebut.


2.Penetapan memuat turun media;


Selepas klik isyarat tersebut, tetingkap pertama akan muncul untuk memilih tempat menyimpan video yang mahu dimuat turun itu. Kali ini zK akan memilih Desktop untuk menyimpan video itu.

3. Proses muat turun bermula.
Selepas lokasi menyimpan fail sudah dipilih dan klik OK, tetingkap aplikasi Aria akan keluar menunjukkan butiran seperti nama fail,peratusan muat turun dan kelajuan muat turun media. Kini tunggu sehingga media tersebut habis dimuat turun dan teruskan proses seterusnya.

4. Tukar nama fail dan jenis fail;
Selepas selesai proses muat turun, cari fail media yang sudah di download di dalam fail yang disimpan tadi. Kemudian tukar nama dan format fail untuk membolehkan ia dimainkan di pemain media. Dalam hal ini, zK telah menukar nama fail ini daripada "videoplayback" kepada "gnome-do.flv", dimana .flv adalah format media flash video daripada Youtube tadi. Adalah penting untuk menyatakan format video supaya ia dapat dibuka di pemain media dengan lancar.