MOSHAZAT
[ moshazard@hotmail.com | moshazat.blogspot.com ]

Wednesday, February 24, 2010

Webcamgate : Sekolah Intip Pelajar?

Sebuah sekolah menengah di pinggir bandar Philadelphia di Pennsylvania  AS, Lower Merion School District terpaksa menghadapi saman daripada keluarga pelajar Blake Robbins, yang turut mewakili 1800 keluarga pelajar yang lain. Sekolah tersebut disaman kerana dituduh melanggar hak privasi dan mengintip pelajar mereka melalui kamera web komputer riba yang diedarkan oleh sekolah. Kes ini bermula semenjak minggu lepas apabila Penolong Pengetua sekolah LMSD; Lindy Matsko, telah melaporkan kemungkinan salah laku seorang pelajarnya, Blake Robbins mengambil dadah didalam bilik di rumahnya. Ia kemudian menjadi isu apabila pihak sekolah mengemukakan bukti gambar Blake sedang memegang sesuatu yang kelihatan seperti pil dadah, yang diambil melalui kamera web komputer ribanya. Namun dijelaskan oleh Blake bahawa dia hanya memegang gula-gula 'Mike & Ike'.


Lower Merion School District telah memberikan bantuan pinjaman komputer riba Macbook kepada 1800 orang pelajarnya dengan yuran insuran sebanyak $55, dan $100 denda jika berlaku kerosakan atau hilang. Namun kini, didapati bahawa kesemua komputer riba tersebut dilengkapi peranti seperti pepijat yang membolehkan Jabatan Teknologi  sekolah memasuki sistem komputer riba tersebut jika komputer riba tersebut mempunyai talian internet, dan dapat mengambil gambar pegun daripada kamera web itu. Kemampuan sekolah untuk berbuat demikian tidak diberitahu oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajarnya, dan pihak sekolah menjelaskan teknologi intipan itu adalah untuk menyelesaikan masalah jika komputer riba itu dicuri dan hilang, dan gambar lokasi di mana komputer riba itu berada dapat diambil dan dikesan. Sehingga kini, terdapat lebih daripada 45 kes kecurian dan kehilangan telah berlaku, dan 28 telah berjaya diselesaikan melalui teknologi itu.

Teknologi intipan yang dipasang sekolah itu boleh dikawal secara manual, dan pihak sekolah memberitahu bahawa penggunaan teknologi itu amatlah ketat dan tidak sewenangnya digunakan, dan mereka mengakui hanya menggunakannya sebanyak 42 kali.  Mereka juga mengaku telah memasang teknologi intipan itu kedalam 2300 komputer riba Apple Macbook yang diedarkan kepada pelajarnya, dengan menggunakan aplikasi LANrev. Maklum balas daripada pelajar-pelajar sekolah tersebut mengakui mereka terkejut dengan hal ini, dan ada diantara mereka cuma menampal kertas 'Stamp It' pada kamera web mereka. Bermula daripada minggu ini, arahan terbaru mahkamah telah mengarahkan supaya pihak sekolah menutup fungsi kawalan ke atas kamera web pelajar dan tidak menggunakannya lagi.

Kes ini masih lagi dalam proses penyelesaian di mahkamah. Tetapi perkara seperti ini amatlah mengejutkan jika seseorang mampu untuk memasuki sistem komputer dan menggunakan web kamera komputer pengguna daripada kawalan jauh. Jadi berhati-hati dengan pemberian komputer riba oleh orang lain, kerana kemungkinan mereka memasang pepijat atau teknologi intipan ke dalam mesin anda. Komputer zK pula jika aktif akan mengeluarkan lampu merah, dan sebarang aktiviti kamera web dapat dikesan. Tapi kebanyakan komputer riba yang dilengkapi kamera web tidak mempunyai pengesan aktivi kamera web. Jadi berhati-hatilah.

Friday, February 19, 2010

Storan Dalam Talian Percuma

Perisian dalam talian atau istilah asalnya 'webware', merupakan satu konsep 'cloud computing' dimana perisian komputer atau 'software' boleh diakses terus daripada dalam talian, tanpa perlu muat turun dan dipasang ke dalam komputer. Jadi ia dapat menjimatkan ruang storan dalam komputer, malah segala bahan dan maklumat yang kita hasilkan dapat diakses di mana-mana saja di dunia yang mempunyai talian internet. Antara jenis aplikasi web yang berguna yang menggunakan konsep 'cloud computing' ini ialah; storan dalam talian (online storage). Terdapat banyak aplikasi sebegini yang diwujudkan di dalam internet, tapi zK ingin memperkenalkan 3 daripadanya yang patut dicuba.
Storan dalam talian yang pertama zK ingin perkenalkan ialah Ubuntu One. Dibina dan dikemaskini oleh pencipta sistem operasi Linux Ubuntu; Canonical Ltd. Pengguna perlu mendaftar akaun Launchpad di laman web Ubuntu One, kemudian pengguna yang berjaya mendaftar akan diberikan akaun percuma serta akses storan dalam talian sebanyak 2GB. Web Ubuntu One juga menyediakan fungsi lain iaitu 'Notes' untuk menyimpan nota, dan 'Contacts' untuk menyimpan maklumat peribadi sendiri atau kenalan. Klien Ubuntu One boleh digunakan dalam Ubuntu 9.04 dan ke atas. Bagi yang menggunakan sistem operasi yang berlainan, mereka masih boleh memuat turun atau muat naik fail terus daripada laman web. Masih dalam peringkat percubaan (Beta), tapi ruang yang disediakan cukup untuk menyimpan salinan dokumen atau gambar yang ingin diakses daripada tempat lain.

Perisian web dalam talian yang seterusnya ialah Windows Live Skydrive. Dibina dan diuruskan oleh Microsoft dan dikemaskini oleh Windows Live, ia menyediakan ruang storan yang agak besar, iaitu 25GB. Pengguna email Hotmail, MSN atau Live boleh menggunakan aplikasi ini, dan jika tidak, daftarlah mana-mana akaun untuk cuba menggunakannya. Ia boleh menyimpa apa-apa saja format file, dan Skydrive menyediakan ruang storan yang terbesar zK ketahui setakat ini. Pengguna boleh muat turun dan naik terus daripada antaramuka web Skydrive, dan tiada klien yang diperlukan.

Aplikasi web storan dalam talian yang ketiga ingin zK perkenalkan ialah Dropbox. Ia juga menyediakan storan percuma sebanyak 2GB, dan boleh dinaik taraf kepada penggunaan berbayar dan menambah ruang storan sehingga 100GB. Dengan 2GB, pengguna boleh menyimpan fail gambar atau dokumen seperti kerja lapangan atau bekerja di luar kawasan, dan ia amat memudahkan kerana sebarang fail hanya perlu dicapai semula di mana-mana sahaja yang ada sambungan internet. Ia mempunyai klien yang boleh digunakan dalam sistem operasi Windows, Apple dan Linux. Amat berguna kepada mereka yang menggunakan lebih daripada 1 sistem operasi dan mencapai dokumen dengan lebih mudah.

Storan dalam talian amat memudahkan kerja harian terutama apabila melibatkan kerja berkumpulan, dihantar ke luar kawasan atau bekerja di lapangan. Dengan menggunakan storan dalam talian, segala fail dan dokumen dapat dicapai di mana sahaja yang mempunyai sambungan internet seterusnya tidak perlu risau komputer rosak, masalah virus, tiada ruang storan yang cukup atau hilang perkakas storan seperti 'thumbdrive'. Selain itu, ia dapat memudahkan kerja yang melibatkan secara berkumpulan, kerana mereka dapat berkongsi dokumen atau maklumat secara dalam talian, dengan lebih cepat. Jadi cuba la ;)

Tuesday, February 9, 2010

Facebook: Layari Hingga Muka Jadi Biru

Yup, layari Facebook (http://www.facebook.com/) sampai muka korang jadi biru, atau boleh biarkan sahaja akaun korang terus dalam keadaan log masuk dan tinggalkan ia masih dalam talian. Dicipta dan direka oleh Mark Zuckerberg, Facebook merupakan satu lagi laman web sosial yang menjadi ketagihan ramai pengguna internet selain Friendster dan Myspace, asalkan ada peranti yang berinternet dan pelayar yang disokong, ia boleh dicapai melalui komputer atau telefon mudah alih. Facebook atau kita selalu sebut FB menyediakan ruangan web berdaftar untuk bersosial, dan kebetulan pula manusia ialah makhluk sosial :p Mula beroperasi sejak Februari 2004, ia membolehkan pengguna internet bersosial, komen apa sahaja yang diposkan, permainan kasual yang menagihkan, perkongsian atau pertunjukan gambar, mengintai, 'flirting', dan pelbagai aplikasi lain yang membantu memangkin stimulasi sosial pengguna yang menggunakan Facebook.

Apa yang saya tahu mengenai Facebook? hmm...
Saya mula akses Facebook ni sejak ia masih lagi beralamatkan thefacebook.com. Mark terpaksa membeli domain Facebook.com dengan nilai $200k pada tahun 2005 daripada seseorang yang memiliki domain itu beberapa bulan selepas Facebook beroperasi secara global. Saya tidak menggunakannya tapi mendaftar untuk suka-suka. Ia tidak begitu popular pada masa itu kerana ia tidak fleksibel dan tidak boleh letak macam-macam elemen tambahan seperti muzik atau efek khas seperti yang boleh dilakukan di Myspace dan Friendster, yang merupakan satu konsep yang agak baru dan kurang diterima.

Tapi, pada masa itu saya fikir laman web ini sepatutnya boleh menjadi sangat popular, dan saya terfikirkan itu kerana ia web yang berasaskan warna biru. Yup, saya fikir ia boleh jadi popular kerana warnanya. Kenapa? Sebab, warna biru dipercayai secara psikologinya dapat menarik minat pelawat untuk kembali ke laman web yang berkenaan. Secara peribadi, FB adalah web kedua yang membuktikan teori ini benar selepas VirtualFriends.net, laman web berasaskan forum kepunyaan rakyat Malaysia yang mempunyai ahli yang sangat ramai dan pengikut yang setia. Namun, jika semua aspek psikologi diaplikasikan tapi khidmat yang diberikan tidak menarik, bukanlah satu kolaborasi yang baik juga. Selain daripada itu, saya agak tertarik dengan trik 'bubble' atau 'Konami Code' yang dapat hasilkan efek buih berwarna-warni jika kita menekan kombinasi papan kekunci yang betul ;
Up Arrow + Up Arrow + Down Arrow + Down Arrow + Left Arrow + Right Arrow + Left Arrow + Right Arrow + B + A + Enter

Tapi rasanya sekarang fungsi ni sudah dibuang :p

Jika ada diantara kalangan manusia yang mempunyai masalah untuk memulakan sosial di dunia luar, mungkin Facebook boleh menjadi alternatif untuk dimulakan. Tapi ketagihan dan keterbukaan pengguna internet zaman kini untuk berkongsi maklumat peribadi di dalam talian, harus dipantau untuk memelihara kerelevanan penggunaanya. Jika tidak satu masa nanti, dimana kita menyangka kita log masuk, tapi sebaliknya Facebook yang log masuk ke dalam hidup kita. Watever:p

Sunday, February 7, 2010

Youtube: Video Mula Sendiri

Kemungkinan ada diantara korang merupakan pengguna Myspace, atau penulis blog atau setidaknya memiliki laman web sendiri. Jika benar, tentu korang pernah mencuba untuk meletakkan elemen hiburan seperti lagu atau video untuk menarik perhatian pelawat ke laman web korang. Kebanyakan masa pula mungkin korang fikirkan tentang tingkah laku pelawat kita, dan tentu ada yang terfikir, tentu tak boleh harapkan pelawat itu hendak menekan butang 'Play' video atau lagu yang korang letak, kalau ya pun itu bermakna pelawat itu menghiburkan diri mereka sendiri. Sebab ada kalanya kita terfikir untuk hiburkan pelawat yang sudi melawat ke laman web yang kita buat. Kemungkinan ini adalah alternatif hiburan yang terbaik; memainkan video atau lagu daripada Youtube secara sendiri/auto.

Langkah yang perlu dilakukan adalah mudah sahaja;

1. Pergi ke laman video Youtube yang ingin diletakkan di dalam web korang.

2.Kemudian salin kod daripada ruangan 'Embed' yang kemudian akan ditampal (paste) ke dalam laman web yang korang mahu video itu dimainkan. Kod ini tidak akan menjadikan video yang diletakkan di dalam laman web korang itu mula secara auto.
contoh kod 'Embed' Youtube:



3. Kemudian, dalam kod tersebut, cuba perhatikan alamat video yang terdapat didalam kod tu, terdapat 2. Iaitu; http://www.youtube.com/v/fHQy23KONzw&hl=en_US&fs=1&

4. Untuk menjadikan video yang korang letak dapat dimainkan secara sendiri, di setiap kedua-dua hujung alamat video youtube tu, korang kena tambah kod "&autoplay=1"
contoh: http://www.youtube.com/v/fHQy23KONzw&hl=en_US&fs=1&autoplay=1

Pastikan di dalam kod video Youtube yang korang mahu letakkan tu, kedua-dua alamat video itu ditambah kod tambahan 'autoplay' tu. Jadi itu saja, selamat berhibur :D

Ping.fm: Tweet Melalui SMS

Twitter (http://twitter.com/) adalah satu aplikasi web mikro-blog yang telah dicipta oleh Jack Dorsey pada tahun 2006. Ia berfungsi untuk menghantar mesej dan membolehkan pengguna lain membaca mesej tersebut yang dipanggil 'tweets'. Penggunaan Twitter semakin popular dan menjadi satu ikutan apabila semakin ramai selebriti atau orang kenamaan yang mula menggunakan Twitter. Para peminat boleh menjadi 'follower' untuk mengikuti 'tweets' yang dihantar, membolehkan mereka mengikuti perkembangan selebriti pujaan mereka.

Kini, pengguna Twitter boleh menghantar 'tweets' mereka menggunakan SMS, di mana mereka boleh mengemaskini 'tweets' mereka dengan lebih kerap dan mudah tanpa semestinya melalui internet. Ini dapat dilakukan dengan mengunakan aplikasi web Ping.fm (http://ping.fm/). Ia adalah satu lagi aplikasi web percuma yang membolehkan kerja mengemaskini web sosial seperti Facebook, Friendster, Myspace dan lain-lain lebih mudah dan cepat di satu tempat. Ping.fm juga menyediakan aplikasi kemaskini status di laman sosial melalui SMS.



Untuk mula menggunakan aplikasi SMS ke Twitter, buka akaun Ping.fm yang baru jika tidak pernah menggunakannya sebelum ini. Selepas berjaya mendaftar, daftar masuk ke dalam akaun Ping.fm untuk mula menggunakannya. Seterusnya;

1. Selepas daftar masuk, pengguna akan berada di dalam laman 'dashboard'. Perhatikan di dalam pilihan 'service/tools', dan klik 'SMS / Text Messaging'.











2. Selepas berada di laman seterusnya, klik 'Not in the US or Canada? Click Here!'

3. Seterusnya, klik link yang disediakan untuk mendapatkan nombor pengesahan yang membolehkan nombor telefon yang ingin didaftarkan boleh digunakan untuk penggunaan antarabangsa.













4. Di laman berikutnya, nombor pengesahan 4 digit akan diberikan dan pengguna diminta untuk menghantar nombor tertulis itu menggunakan sms melalui telefon yang ingin digunakan ke nombor yang turut ditulis selepas nombor pengesahan di dalam laman yang sama.












5. Selepas sms tersebut sampai ke pelayan servis Ping.fm, nombor telefon pengguna berkenaan akan disahkan dan nombor antarabangsa yang perlu digunakan untuk menghantar 'tweets' juga akan diberikan di dalam laman web itu. Kini, telefon anda boleh digunakan untuk memulakan sosial di dalam internet.


P/s: skrg sy pkai DiGi, dan setiap kali sms untuk guna aplikasi ni, DiGi caj 20 sen untuk setiap sms. :P

Wednesday, February 3, 2010

Video Youtube kepada Mp3

Setiap hari, kemungkinan besar apabila kita mendapat tahu atau dicadangkan oleh kawan kita tentang lagu baru, ada yang pasti akan menghantar kepada kita alamat video daripada Youtube, dan sudah tentu apabila kita tertarik dengan lagu itu, kita menghadapi kesukaran untuk mencari format mp3 lagu itu. Daripada kita terus mendownload video Youtube lagu tersebut dalam format .flv, kini terdapat lagi satu alternatif yang lebih pantas untuk memuat turun lagu tersebut terus kepada format Mp3. Semuanya tersedia di dalam laman web "Youtube to Mp3 Converter" (http://www.video2mp3.net/).


Langkah penggunaannya cukup mudah,
1. Salin (copy) alamat laman video Youtube yang ingin anda jadikan Mp3 itu.
2. Tampal (paste) alamat laman video Youtube tu dalam ruangan yang disediakan.
3. Kemudian pilih kualiti audio yang ingin dimuat turun, makin tinggi kualiti, makin lama 'webware' ini memproses lagu anda.
4. Selesai semua dan berpuas hati, klik butang convert di sebelah ruangan URL itu untuk mulakan proses. Dalam beberapa saat ia akan membuka laman baru, dan ia akan sediakan perangkai yang akan memuat turun lagu daripada Youtube itu. Klik 'Download MP3'.

Ini adalah teknologi yang dipanggil Webware, iaitu berasaskan Web 2.0, evolusi penggunaan web sebagai aplikasi dalam talian, yang tidak memerlukan pengguna memuat turun (download) dan pasang (install) aplikasi dalam komputer. Mudah.

Tuesday, March 24, 2009

Video : Asas Membuat Animasi Menggunakan GIMP

Salam,

GIMP merupakan salah satu perisian mengubah tukar imej antara yang terbaik boleh diperolehi secara percuma untuk sistem operasi Linux dan Windows. Namun, mungkin ada pengguna baru linux yang tidak mengetahui cara menggunakan GIMP ini secara sepenuhnya. Kali ini zK membawakan video asas menghasilkan imej animasi gif, bagi mendedahkan cara asas penggunaan GIMP dalam menghasilkan imej yang mempunyai multi frame dan berubah.

Kami daripada pihak zK berharap agar video pengajaran ini dapat memberi kebaikan dan membuka mata pembaca dan pengguna teknologi di luar sana akan kebolehan perisian GIMP ini. Ini adalah hanya perkara asas dan ia dilihat mempunyai potensi untuk dikembangkan penggunaanya.
Ini adalah nota penting berkaitan dengan video di atas ;

1. Setiap layer akan menjadi frame selepas image yang dihasilkan di save. Jadi apabila ingin menghasilkan frame baru, layer akan memberi fungsi frame.

2. Simpan image yang dihasilkan dalam format GIF (.gif). Ini adalah kerana ia adalah salah satu format imejan yang menyokong imej yang mempunyai multi frame dan fungsi animasi. Selepas klik "Save", pilih "Save as animation". Ini membolehkan setiap layer ditukar menjadi frame dan menjadikan imej tersebut beranimasi.

Selamat berjaya dan mencuba :D

Monday, March 23, 2009

ZonKomPraktikal - Muat Turun Video Youtube (Songbird)

Hello,

Ada macam-macam cara atau teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan satu perkara. Dalam hal entri pada kali ini, zK akan menunjukkan cara memuat turun video Youtube dengan menggunakan pelayar web pelbagai guna; Songbird. Untuk membolehkan Songbird mengesan dan memuat turun media dalam laman web yang dilayari, pengguna perlu memuat turun addon Songbird FlashGot di laman web Addon Songbird.

Untuk contoh bagi mendemonstrasikan cara menggunakan FlashGot, zK akan cuba memuat turun video pengenalan dan penggunaan Gnome-do di Youtube. Ikuti langkah berikut setelah memasang Songbird dan dilengkapi bersama addon FlashGot ke dalam komputer anda.

1. Songbird mengesan media yang boleh dimuat turun;

Apabila sudah berjaya menjumpai video yang di mahukan didalam Youtube, FlashGot akan mengesan kehadiran media yang mampu ia muat turun dan mengeluarkan isyarat di Statusbar Songbird. Apabila di klik isyarat tersebut, perisian tersebut akan mula memuat turun video tersebut.


2.Penetapan memuat turun media;


Selepas klik isyarat tersebut, tetingkap pertama akan muncul untuk memilih tempat menyimpan video yang mahu dimuat turun itu. Kali ini zK akan memilih Desktop untuk menyimpan video itu.

3. Proses muat turun bermula.
Selepas lokasi menyimpan fail sudah dipilih dan klik OK, tetingkap aplikasi Aria akan keluar menunjukkan butiran seperti nama fail,peratusan muat turun dan kelajuan muat turun media. Kini tunggu sehingga media tersebut habis dimuat turun dan teruskan proses seterusnya.

4. Tukar nama fail dan jenis fail;
Selepas selesai proses muat turun, cari fail media yang sudah di download di dalam fail yang disimpan tadi. Kemudian tukar nama dan format fail untuk membolehkan ia dimainkan di pemain media. Dalam hal ini, zK telah menukar nama fail ini daripada "videoplayback" kepada "gnome-do.flv", dimana .flv adalah format media flash video daripada Youtube tadi. Adalah penting untuk menyatakan format video supaya ia dapat dibuka di pemain media dengan lancar.

Sunday, March 8, 2009

Video : ScreenToaster, aplikasi web rakam aktiviti skrin.



Salam,
ScreenToaster (www.screentoaster.com) adalah satu aplikasi web percuma yang menawarkan khidmat merakam aktiviti di skrin komputer. Aplikasi web ini begitu mudah kerana tidak perlu memasang apa-apa aplikasi ke dalam komputer, dan ia dapat terus digunakan selepas mendaftar akaun di laman web tersebut. Daftar,rekod,terbit...fuh mudah bukan?

Mosh telah mencuba sendiri aplikasi web ini dengan membuat tutorial mudah, iaitu asas membuat animasi dan cara menggunakan Motion Guide dalam Macromedia Flash. Mosh berpuas hati dengan apa yang dihasilkan dan aplikasi ini mampu untuk menghasilkan video yang berkualiti dan berguna.



Antara yang boleh dilakukan ialah memasukkan rakaman suara dan meletak sarikata didalam video tersebut.

Kebetulan ada beberapa orang kawan Mosh yang mahu Mosh mengajar cara membuat website dan ajar cara menggunakan flash, video ini didedikasikan khas untuk korang, haha :D

Monday, November 17, 2008

Ubuntu: Memasuki VPN MMU Menggunakan VPNCisco









Salam,
Kali ini, entri ini didedikasikan khas kepada pelajar-pelajar Universiti Multimedia dan juga mungkin kepada sesiapa yang tidak tahu mengakses sambungan VPN Cisco ke rangkaian yang mereka boleh akses, dengan menggunakan Linux Ubuntu. Mungkin ada diantara pelajar MMU yang tidak tahu bagaimana cara untuk mengakses atau mengalami masalah memasuki VPN MMU untuk menghantar tugasan ketika berada di luar kampus. Jika anda ingin mengakses VPN MMU,perlu menghantar tugasan tetapi berada di luar kampus, dan mempunyai ID Pelajar MMU yang sah, ini adalah entri untuk anda :)

















Ikuti langkah-langkah berikut :
1. Buka Synaptic Package Manager (System>Administration>Synaptic Package Manager) dan search "vpnc", tandakan package yang bernama "vpnc" dan pilih install, dan klik Apply untuk install ke dalam sistem anda.
2. Seterusnya pergi ke Network Configuration (System>Preferences>Network Configuration), satu tetingkap akan keluar dan klik tab "VPN".
3. Kemudian, di dalam tab VPN itu, klik "Add". Di dalam tetingkap baru itu, pilih VPN jenis "Cisco Compatible VPN (vpnc) dan klik "Create...."
4. Isikan ruang tempat kosong dengan maklumat yang betul,seperti berikut ;
Connection name : MMU VPN
Gateway : vpn.mmu.edu.my
Group name : mmuvpn
User password : kata laluan yang sama untuk login MMLS.
Group password : 63100
User name : v612345@student (ini adalah ID Unix MMU, untuk mengetahui ID unix anda,klik di> disini.
5. Selepas memastikan semua maklumat adalah betul, klik ok.












































Selesai membuat konfigurasi VPN MMU, seterusnya untuk memasuki rangkaian VPN yang telah dibuat, klik ikon "Wired network configuration", jika anda menggunakan sambungan internet berwayar, dan ia kebiasaanya berada di panel atas, bersebelahan dengan clock. Seterusnya klik VPN Connections dan klik "MMU VPN", iaitu sambungan vpn yang baru dibuat tadi. Selepas itu didapati terdapat ikon mangga kunci berwarna kuning pada ikon network tadi yang menunjukkan sambungan ke rangkaian VPN Cisco telah berjaya.

Untuk mengetahui samada benar sudah berada di dalam rangkaian MMU, buka pelayar web, dan pada bar alamat taip "tulip" dan klik Enter. Kepada sesiapa yang masih tidak tahu, Tulip adalah portal intranet MMU yang mengandugi pengkalan data dan alamat server yang terdapat di dalam intranet MMU, seperti termasuklah Cybertracker (!) hehe. Dan Tulip hanya boleh diakses dari rangkaian dalam kampus sahaja ;) Tapi kelajuan muat turun tidak sama la sebab akses adalah dari luar kampus. Jika masih tidak percaya, cuba taip "online" sahaja dan pasti pelayar web anda akan membuka MMU Online Application tanpa perlu menaip alamat penuh (onlinecyber.mmu.edu.my). Memang terasa seperti di dalam kampus bukan? hehe... Jika anda ke Cybermedia, ikon rangkaian TV1,TV2,TV3 dan lain-lain akan muncul, yang tidak akan muncul jika diakses dari luar kampus.


Jadi, selepas ini diharapkan kepada pelajar MMU yang menggunakan Ubuntu, anda tidak akan mempunyai masalah lagi untuk menghantar tugasan anda secara dalam talian, walaupun berada di luar kampus ;) Kepada pengguna WIndows, jangan risau kerana anda boleh mengikuti langkah-langkah memasuki vpn MMU di laman web ini yang disediakan sendiri oleh juruteknik MMU sendiri > http://access.sso.mmu.edu.my/vpnconnect.php

Nota : Untuk pengguna advanced, penggunaan terminal Ubuntu untuk akses vpn dalam versi Ubuntu Intrepid Ibex 8.10 mempunyai sedikit masalah dan aplikasi VPNC perlu digunakan bersama patch yang pada saya agak komplikated.Klien Cisco untuk terminal Ubuntu 8.10 mempunyai bugs dan masih lagi dalam proses membaik pulih. Apapun kalau ada salah harap dibetulkan, lagi pun Mosh bukan student IT :p hehe..student business ;) ilmu IT tu ada kurang la skit, harap kita boleh berkongsi :)

Sunday, November 16, 2008

Video : "The Matrix Runs on Windows"



Pagi ini tidak tahu nak buat apa,rasa macam nk buat entri baru pula selepas sekian lama :p hehe. Bukan apa, Mosh kini sedang sibuk menghadapi trimester baru. Tadi,semasa sedang mencuba memasang ubah sistem operasi baru yang Mosh baru install iaitu FreeBSD 7.0, Mosh sedang mencuba melayari Youtube untuk mencuba Plugin Flash dan sound driver yang memang perlu dipasang secara manual didalam FreeBSD. Sistem operasi ini memang mencabar.

Semasa melayari youtube, secara tidak sengaja Mosh terjumpa satu video yang berkaitan dengan sistem operasi WIndows dan ia sebenarnya cuba untuk memperkatakan tentang benda buruk yang selalu terjadi yang biasanya terjadi semasa menggunakan OS Windows. Tetapi secara keseluruhan ia hanya menceritakan tentang Windows, tapi kena tunggu sampai ke hujung video untuk mengetahui sistem operasi linux apakah yang video ini cuba sampaikan ... Tapi yang pasti, plugin Flash dan sound driver Mosh dalam OS FreeBSD Mosh sudah berjaya dipasang ;) Nanti kalau ada masa Mosh akan ceritakan pula pengalaman Mosh menggunakan FreeBSD, yang Mosh baru hendak kenali ini ;)

Sekarang ni dalam laptop Mosh dah ada 3 OS... Asyik linux Ubuntu je pun bosan juga,Mosh mahu cuba sistem operasi yang lain dan mencabar juga kadang-kadang ;) Apapun nanti Mosh buat satu entri berkenaan FreeBSD ini ok. Apapun hayatilah video tu ok :)

Saturday, October 25, 2008

ZonKomplish: Ubuntu - Misi Cari,Muaturun,Convert,Ubah media.

Salam,
Rasanya sudah beberapa kali di antara kawan-kawan Mosh yang bertanya bagaimana nak muat turun video di Youtube, atau mana nak cari lagu, dan selalunya tempat pertama yang Mosh pergi ialah Youtube ;) Di dalam entri kali ini Mosh akan terangkan langkah-langkah menyelesaikan satu misi untuk mencari,memuaturun,convert dan ubah media, dan kali ini Mosh sempurnakan misi ini dengan menggunakan Ubuntu dan aplikasi-aplikasinya ;) Antara aplikasi yang Mosh akan gunakan di dalam Ubuntu ialah Web browser- Songbird yang dilengkapi addon FlashGot, pengubah format media- MediaCoder,dan aplikasi edit audio- Audacity.

Jadi misinya ialah Mosh perlu mencari sebuah lagu. Tetapi Mosh menggunakan alternatif untuk cari media di Youtube, walaupun hasil kualiti media adalah kurang,namun objektif disini adalah untuk membincangkan praktikaliti menyelesaikan misi ini. Seterusnya, selepas berjaya menjumpai media yang sesuai, terdapat masalah di mana di awal video itu terdapat bahagian video yang tidak dimahukan dan mahu dipotong di awal video itu. Jadi kita mulakan menyelesaikan masalah ini.
1.Langkah pertama, buka aplikasi pelayar internet kegemaran anda. Mosh akan menggunakan pelayar internet Songbird kerana ia adalah pelayar web kegemaran Mosh dan ia adalah saudara mara Mozilla dan mempunyai addon FlashGot untuk download media Flash Video. Jika tiada pelayar internet yang mempuyai addon sedemikian,flash video di Youtube juga boleh di download di http://keepvid.com/ . Kembali ke Songbird, pergi ke laman web Youtube dan search media yang anda mahu. Selepas menjumpai media yang dimahukan, masuk ke dalam web video Youtube itu.


2.Ketika di dalam web video tersebut,jika lihat di statusbar,terdapat satu icon yang menunjukkan FlashGot telah berjaya mengesan satu Flash Video di dalam web itu.Kemudian klik ikon tersebut untuk muaturun Flash Video tersebut. Kemudian satu tetingkap pelayar akan muncul dan pilih direktori dan letakkan nama folder untuk menyimpan Flash Video tersebut, dan klik "OPEN". Seterusnya satu tetingkap addon FlashGot Aria akan muncul dan menunjukkan Flash Video tersebut sedang dimuaturun dan video itu akan dinamakan sebagai get_video. Selepas selesai muaturun,buka folder tempat video itu disimpan dan rename-kan ia daripada get_video tadi kepada nama yang dimahukan dan disertakan dengan extension .flv; namavideo.flv. Selepas itu, dengan menggunakan aplikasi Mediacoder yang dibantu program Wine, anda boleh menukar video tadi kepada mp3

Friday, October 24, 2008

Ubuntu 8.10 Shipit Percuma! Order sekarang.

Hai semua :D
Bermula daripada hari ini, tinggal 6 hari lagi sebelum Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex secara rasmi akan dilancarkan dan boleh didownload. Namun begitu, ada alternatif lain selain menunggu berjam-jam masa untuk habis download, iaitu dengan memesan CD Ubuntu secara percuma di Ubuntu Shipit sekarang! ;) Servis Shipit untuk memesan Ubuntu 8.10 Intrepid Ibex sudah ditawarkan sekarang! Dan, ia memang percuma dan anda hanya perlu daftar di LaunchPad jika belum mendaftar, dan seterusnya login di Ubuntu Shipit untuk membuat tempahan ;) Shipit ini juga dibuka untuk pesanan CD percuma Kubuntu di https://shipit.kubuntu.org/... :D Namun begitu,servis Shipit untuk Xubuntu dan Edubuntu masih lagi tidak disediakan.

Ramai lagi sebenarnya tidak mengetahui kewujudan servis Shipit untuk memesan CD percuma Ubuntu,Kubuntu,Xubuntu dan Edubuntu ini, dan mungkin juga yang sudah tahu tetapi tidak tahu yang ia adalah percuma dan mudah ;) Apakata anda cuba ;) Tetapi selalunya Mosh akan dapat sebulan kemudian selepas hari pemesanan. Agak munasabah juga sebab ia adalah percuma;)

Jadi kepada mereka yang mahu memiliki set CD distro Ubuntu, apa lagi, buat tempahan sekarang ;)

Laman web pesanan Distro Linux Ubuntu & Kubuntu;
Ubuntu: https://shipit.ubuntu.com/
Kubuntu: https://shipit.kubuntu.org/

Friday, October 17, 2008

ZonKomp Versi Baru!

Salam :D Hai, selamat datang.
Kepada pengunjung zK yang pernah datang sebelum ini, jangan terkejut atau pelik, anda memang masih di blog Zon Komputer, tetapi dengan paparan yang terbaru ;) Macam mana? ok x? Mosh mula proses adaptasi kepada versi baru ni sejak semalam lagi, yang pada mulanya zK menggunakan tema blogspot Dark yang sedia ada. Kini, zK masih lagi dengan tema gelap tetapi dengan susunatur dan penampilan yang berlainan.

Mosh merancang untuk mengubah penampilan zK supaya kelihatan lebih sofistikated, unik, terampil,padat dan mudah dalam faktor navigasi;) Semua faktor ini Mosh pertimbangkan untuk diimplemen dalam zK supaya blog ini nampak lebih yakin. Dimana zK tidak terlalu ringkas, dan tidak pula terlalu serabut. Mosh sudah menapis kandungan yang bermanfaat sahaja yang di letakkan, dan memastikan segala perubahan yang dilakukan tidak menjejaskan kelajuan pelayar internet untuk capai masuk ke dalam zK. Buat masa ini, selepas meminta bantuan rakan Mosh untuk cuba masuk ke dalam zK, dia memberi respon, kelajuan capaian ke zK adalah munasabah, jadi bermakna ia tidak akan mengecewakan;) Mosh pun pada ketika ini berpuas hati dengan keadaan susun atur zK.

Proses pengubahan penampilan zK mengambil masa satu hari untuk disiapkan. Prosesnya pada Mosh memang komplikated sebab Mosh kurang faham berkenaan fungsi CSS. Tetapi dengan pengetahuan Mosh tentang HTML, Mosh berjaya memanipulasi beberapa fungsi CSS yang Mosh baru belajar, sendiri :p hehe... Mosh telah cuba untuk mengubah susun atur warna tulisan yang terbaik, yang tidak mengganggu penglihatan, dan tetap nampak menarik.

Sekarang, Mosh boleh menumpukan semula untuk terus menulis entri untuk dikongsi dengan semua pengunjung zK :) Mosh cuba untuk memastikan segala artikel yang dipaparkan adalah berguna dan cuba menulis entri yang paling berkualiti yang Mosh mampu :D Penulisan adalah satu bidang yang agak baru untuk Mosh ceburi secara serius, jadi kini Mosh cuba untuk berlatih menulis blog dengan lebih baik supaya penyampaian Mosh boleh difahami dengan mudah :) Bersesuaian dengan objektif Zon Komputer, iaitu untuk membolehkan Mosh berkongsi apa-apa ilmu dan maklumat dengan orang lain yang berminat dalam bidang teknologi dan komunikasi :) Jadi Mosh harap anda semua selesa dengan perubahan ini dan sokonglah serta doakan projek blog ini akan lebih berjaya nanti :) Jika ada sebarang soalan atau komen, hubungilah Mosh melalui email, atau terus tinggalkan komen di blog ini:)

Jumpa di lain entri ;)

Tuesday, October 14, 2008

ZonKomPreviu: YM! Ping Box


Salam, hi :D
Dah lama rasanya tidak membuat entri dalam ZonKomp ni :p Jadi pada kesempatan yang Mosh ada pada kali ini, Mosh mahu membuat satu entri berkenaan Yahoo! Messenger! Ping Box ;)

Pada pengguna-pengguna setia Yahoo! Messenger, pasti korang sudah sedia maklum tentang pelancaran versi baru Yahoo! Messenger versi 9.0 kan? Pada hari Mosh nak update YM! Mosh kepada v9.0 hari tu, Mosh terperasan satu iklan berkaitan YM! web applet di laman web Yahoo!. Jadi selepas Mosh update YM!, Mosh terus cuba menggunakan aplikasi web terbaru yang ditawarkan bersama dengan YM! 9.0, dan aplikasi web tu dinamakan Yahoo! Messenger Pingbox ;) Aplikasi ini berfungsi untuk memudahkan pelawat yang melawat mana-mana laman web kita untuk berinteraksi dengan kita dengan menggunakan YM dalam laman web kiTa tanpa perlu add Yahoo! ID atau install YM pun ;) Menarik bukan?

Jadi apa kata korang cuba gunakan YM! Pingbox ni, mula-mula pergi ke laman web Yahoo!, kemudian sign in ke dalam id Yahoo! anda, ini adalah supaya memudahkan proses membuat Pingbox anda nanti. Kemudian pergi ke Yahoo! Messenger Pingbox, dan klik butang "Create a Pingbox" di tengah-tengah laman web itu. Dalam ruang konfigurasi yang disediakan, pengguna boleh menentukan bagaimana YM! Pingbox akan dipaparkan dalam laman web mereka nanti, pengguna boleh memilih tema latar, warna latar, jenis font, nama paparan, dan mesej ketika kita di luar talian. Selepas berpuas hati dengan ketetapan paparan yang dipilih, klik button "Next" dibawah sekali. Kemudian salin kod html dan letakkan ke dalam laman web yang hendak dipaparkan Pinbox ini. Pemilik Pingbox tidak perlu mendedahkan ID Yahoo mereka pun jika mereka tidak mahu.

YM! Pingbox ini sesuai digunakan bersama YM! v9.0. Perbincangan antara pelawat dan pemilik laman web adalah privasi dan cuma diketahui oleh mereka berdua sahaja walaupun terdapat beberapa pengguna lain yang melawat dan menggunakan Pingbox pada masa yang sama. Jika mahu berinteraksi secara terus dengan pengunjung laman web tanpa perlu mendedahkan sebarang identifikasi, Pingbox mungkin salah satu penyelesaiannya ;)

Saturday, September 27, 2008

ZonKomPraktikal - Membuat Partition Baru

Salam,




Pada entri kali ini, Mosh akan menulis tentang cara membuat partition baru, dan dengan berani Mosh cakap, membuat partition baru tanpa membuat apa2 backup ;) Mosh sendiri pernah buat, dan ia berjaya :D Pada entri ZonKomPraktikal kali ini, apa yang Mosh ajar ini sesuai diimplemen jika mahu membuat partition baru, samada bertujuan untuk cuma membuat partition sahaja, atau pada Mosh, Mosh mahu memasang Linux di sampin sistem operasi Windows XP yang sudah sedia terpasang, iaitu membuat dual boot; menggunakan XP & Ubuntu dalam komputer yang sama ;)








Baiklah, antara aplikasi yang Mosh akan gunakan ialah Windows Disk Defragmenter, & GParted. Secara ringkas, Disk Defragmenter akan digunakan untuk memampat dan mengosongkan bahagian kanan disc supaya dapat membuat partition baru dengan selamat, manakala GParted akan digunakan untuk membuat partition baru. Jika berminat dan sudah bersedia, ikuti langkah-langkah berikut ;









1. Ok, mula2 sekali buka aplikasi Windows Disk Defragmenter,seterusnya klik butang defragment untuk menyusun dan memampatkan kedudukan file dalam Hard disk ;)

Wednesday, September 17, 2008

Microsoft - The Mojave Experiment


Experimen Mojave adalah satu strategi pemasaran oleh Microsoft untuk sistem operasi Windows Vista. Setiap peserta eksperimen ini akan ditanya mengenai persepsi mereka terhadap Windows Vista (tidak pernah menggunakan Vista), dan kemudian mereka akan diberi demo sistem operasi terbaru Microsoft yang bernama "Mojave". Eksperimen Mojave dikendalikan oleh jurujual yang terlatih dan tiada antara peserta eksperimen itu pernah menggunakan Vista. Selepas tamat sesi eksperimen, barulah peserta diberitahu bahawa "Mojave" itu adalah "Vista". Sebelum sesi eksperimen bermula, peserta memberi rating purata 4.4/10 kepada Vista, namun selepas eksperimen peserta memberi rating purata 8/10 kepada "Mojave". Motif eksperimen ini adalah untuk menggalakkan pengguna membuat penilaian sendiri, daripada hanya menerima persepsi negatif tentang Windows Vista.

Eksperimen ini dilakukan untuk mengelakkan pengguna membuat persepsi buruk seterusnya tidak membuat pertimbangan berat sebelah dan menilai Windows Vista hanya selepas mencubanya sendiri berbanding dengan hanya mendengar desas desus keburukannya semata2. Mojave Desert di US pada pandangan mata adalah seperti padang pasir biasa, yang pada biasanya dianggap panas dan kering, namun jika betul2 berpijak di padang pasir Mojave, ia sebenarnya padang pasir yang sangat sejuk.

Namun eksperimen ini dikritik kerana pengguna tidak diberi peluang merasai sesi pemasangan installasi dan menghadapi masalah yang biasa ditimbulkan Vista seperti kos lesen aplikasi yang mahal, serta tidak diberi peluang mencuba apa2 mesin seperti mesin pencetak atau scanner. Malah mereka tidak diberi peluang menilai kesesuaian perkakasan lama dengan Vista.

Namun begitu, eksperimen ini membuktikan bahawa tidak harus membuat penilaian terhadap sesuatu perkara sebelum kita sendiri merasainya dahulu. Tapi apa yang Mosh perasan, Microsoft hanya dapat hasilkan versi Windows yang stabil hanya pada Windows yang mempunya nombor versi yang ganjil sahaja, seperti Windows 3, Windows 5 dan mungkin Windows 7 yang akan datang. Windows 3 yang Mosh maksudkan ialah Windows 98, manakala Windows 5 pula ialah Windows XP ;) Mungkin mereka ingin mencuba market dan mendapat maklum balas, dan kemudia barulah membina operating sistem yang lebih stabil. Namun begitu, Don't judge the book by its cover, there is more than meets the eye ;)

Iklan Microsoft - "Windows, Not Walls,"

Mungkin ada di antara kita pernah menonton iklan Apple "Get a Mac", ia adalah siri iklan yang ringkas, kelakar dan mudah difahami berkenaan dengan kelebihan penggunaan Apple Mac. Namun sebaliknya iklan2 tersebut telah menjadi satu gangguan kepada Microsoft terutamanya iklan yang bertajuk "fear of switching is the foundation of customer loyalty for PCs", yang merupakan iklan terbaru Apple dilihat sebagai menentang kewujudan Microsoft Windows dalam pasaran. Iklan itu dianggap menggugat Microsoft dan mereka telah mengambil tindakan untuk mempertahankan kedudukan mereka dengan membuat iklan mereka sendiri, yang dibintangi oleh pelawak Seinfield dan Bill Gates sendiri (Yup,Bill Gates.. ;).

Iklan 1 : "Shoe Circus"
Kini sudah ada 2 iklan Microsoft yang telah disiarkan di Amerika. Tapi selepas Mosh menontonnya di Youtube, pada kali pertama tidak lah menarik pun,ambil masa untuk Mosh faham mesej yang cuba disampaikan :p adala sikit2 isi2 jalan cerita yang disampaikan ;) Iklan microsoft ini bermotifkan penegasan tentang perlunya melupuskan perkara yang menghalang idea tentang perhubungan. Iklan ini juga dibuat untuk membetulkan persepsi negatif tentang Microsoft serta sistem operasi Vista oleh masyarakat seperti yang dibuktikan dalam Experiment Mojave. Nanti Mosh buat entri susulan berkenaan eksperimen ni.

Iklan 2 : "New Family"

Microsoft merancang untuk membelanjakan $300 juta untuk menghasilkan iklan-iklannya yang dibintangi oleh Jerry Seinfield yang juga turut dibintangi bersama Bill Gates, dan Seinfield sendiri dikatakan akan memperoleh $10 juta dalam penglibatannya untuk iklan ini. Semua ini adalah tindak balas Microsoft berikutan Iklan anti microsoft oleh Apple. Iklan Microsoft ini akan bermula pada 4hb September 2008, dan berakhir pada bulan Mac 2009 nanti ;)

Huh, kita memang tidak dapat menafikan kuasa dan pengaruh media elektronik ;)

Sumber Terbuka - Partition Editor

Salam,
Satu masa dulu, membuat partition pada hard disk adalah sesuatu yang sangat asing dan sudah tentu perkara yang paling serius dan menakutkan kalau Mosh nak buat sendiri. Masa tu, selalu dengar ada mitos2 mengatakan kalau nak buat partition baru kena format hard disk sepenuhnya, itu dah cukup membuatkan Mosh menjauhkan diri daripada mencuba untuk belajar buat2 partition ni sebab Mosh memang sayang data2 yang ada dalam laptop Mosh :p Yerla mana tidaknya, segala-gala berkaitan dengan Macromedia Flash, Dreamweaver dan Photoshop, macam2 lagi la yang Mosh belajar sendiri ada dalam hd tu,bukan senang nak belajar sumer tu dengan sendiri. Jadi selama setahun Mosh bersama laptop Mosh memendam perasaan untuk mencuba membuat partition sendiri...

Screenshot : GParted Sebenarnya, secara praktikal, kita tidak semestinya perlu format hard disk kita untuk buat partition baru. Ideanya ialah sistem hard disk akan membuat partition baru dari kanan ke kiri. Jadi jika kita dapat kosongkan bahagian kanan partition dengan menggunakan defragment tools (Start>Programs>Accessories>System Tools>Disk Defragmenter), kita sudah boleh mula membuat partition baru. Jika kita lihat pada defragment tools, ada region yang unremovable yang diwarnakan hijau, itu tidak perlu dirisaukan, ini kerana ia adalah virtual memori sahaja. Jika ia musnah ketika dalam proses membuat partition, ia akan dibina semula.
Screenshot : GParted
















Mosh boleh mencadangkan 2 partition editor yang boleh digunakan untuk membuat partition baru iaitu GParted dan Parted Magic. Kedua-duanya adalah perisian percuma dan sumber terbuka.Percaya atau tidak, sekarang mengubah komposisi partition hard disk laptop Mosh dah macam satu permainan untuk Mosh. Ini kerana antara yang menghalang Mosh dari membuat partition baru adalah kerana Mosh tiada external storage yang lain untuk backup data2 hd Mosh :p Namun pada satu hari tu, selepas membuat research sendiri, Mosh terus melakukan eksperimen membuat partition tanpa melakukan apa2 backup, apa yang mengejutkan Mosh, percubaan itu berjaya! Percubaan pertama berisiko tinggi yang berjaya;) haha.. Kemudian tanpa membuang masa Mosh terus pasang Ubuntu Live CD dan install Ubuntu untuk membuat dual boot. Pengalaman mengambil risiko itu membuatkan Mosh rasa selesa untuk membuat percubaan yang lain. Dan penggunaan GParted dan Parted Magic adalah selamat dan memuaskan hati ;) Entri ini adalah pengenalan kepada partition editor, dan insyaAllah pada masa akan datang Mosh akan cuba membuat entri tutorial tentang cara menggunakan aplikasi ini dan langkah2 untuk membuat partition baru ;)


Korang boleh dapatkan aplikasi partition2 editor ini disini >>
GParted :
http://gparted.sourceforge.net/
Parted Magic : http://partedmagic.com



There is nothing wrong to take a risk, but make sure it is a calculated risk ;) think about it

Saturday, September 13, 2008

ZonKomPengenalan - Ubuntu 9.04 berkod nama Jaunty Jackalope

9.04 Jaunty Jackalope
Salam,
     Jutawan perisian dan pemilik Canonical Ltd; Mark Shuttelworth yang juga merupakan Bapa atau pengasas kepada Linux Ubuntu, pada hari Isnin bersamaan 8 september 2008 telah membuat satu pengumuman tentang kod nama dan sasaran sistem operasi ubuntu yang akan datang; Ubuntu 9.04 berkod nama Jaunty Jackalope. Dengan pembangunan versi Ubuntu seterusnya iaitu Ubuntu 8.10 berkod nama Intrepid Ibex yang aktif dan dalam menunggu masa untuk dilancarkan pada bulan oktober nanti, mereka sudah merangka sasaran secara kasar tentang pembangunan Ubuntu, yang akan menjadi fokus usaha mereka tahun hadapan. (Rujuk pengumuman -

     Ubuntu 9.04 atau dikenali sebagai Jackalope, dirancang akan mempunyai ciri-ciri yang dinaiktaraf seperti mempercepatkan masa boot sistem operasi dan mempunyai integrasi dengan web yang lebih baik. Tidak banyak yang diperkatakan berkaitan dengan ciri2 terbaru Jackalope kerana kumpulan pembangun Ubuntu akan berkumpul di Mountain View,untuk membincangkan tentang Jackalope ini. Seingat Mosh Mountain View ialah tempat operasi utama Google Inc. Dengar2 di Googleplex di Mountain View tu adalah tempat yang amat menarik ;) Mempunyai suasana kerja yang selesa dan tenang.
     Berkaitan dengan kod nama, apa itu Jackalope? Haa seperti yang dapat dilihat di pada gambar, itu adalah Jackalope. Merupakan seekor arnab yang mempunyai tanduk seperti rusa. Sebenarnya Jackalope ialah adalah gabungan nama      Jackrabbit dan Antelope, sama seperti rupa fizikalnye yang menyerupai arnab dan rusa. Berdasarkan wikipedia, bentuk seperti tanduk di atas kepala arnab itu sebenarnya adalah ketumbuhan atau tumor dan ia memang menyerupai rupa tanduk. 
     Pada pendapat Mosh, Mosh cuma akan upgrade Ubuntu Mosh selepas 5 bulan versi terbaru tersebut dilancarkan, ini adalah untuk mengelakkan sebarang error dan masalah bug. Apapun, tumpukan perhatian pada versi seterusnya Intrepid Ibex yang dijadualkan sedia untuk dimuat turun pada bulan oktober ini. ;)